07 October 2011

dia orang kuat aku

bunda tersayang . dia selalu menjadi yang terhebat bagi aku . walaupun aku selalu dimarah , walaupun aku selalu berbuat salah . dia selalu menjadi bunda terhebat . semangat dia , kesabaran dia , ketabahan dia semuanya ku sanjung tinggi . mempunyai 6 orang anak dengan pelbagai ragam bukan mudah apatah lagi anak yang teruk seperti aku ini . aku tak habis fikir , bagaimana aku sudah meningkat usia nanti . apa aku mampu seperti bunda ? apa aku kuat seperti dia ? setiap detik , setiap saat , tak henti-henti perkara yang dilakukan . dia berbeza dengan ibu yang lain . erti hidup telah mengajar dia sejak dia kecil lagi apabila ibunya meninggal dunia . dia selalu mengeluh penat , sakit kerana usianya sudah tua yang sudah 52 tahun . aku mampu terdiam dan tidak bisa berkata apa-apa . aku tertanya kepada diri aku , apakah aku ini anak dia ? kenapa aku tidak bisa berbuat apa-apa ? kenapa aku tidak melakukan sesuatu . apa akan jadi kepada aku nanty jika dia tiada ? AKU TAK KUAT TANPA MAK ! :( . tapi realiti semua orang akan pergi . apa yang harus ku lakukan untuk membalas jasa dia ? apa harus kulakukan . usia aku kini pun aku tidak mampu bertahan , apatah lagi tanpa bunda mungkin aku hilang arah atau mungkin sudah gila . bila difikirkan kembali , kenapa harus aku berbuat perkara bodoh , sepatutnya aku mencontohi dia , sepatutnya aku lebih cekal lagi dan lagi . yaaa , aku akan cuba bertahan . demi bunda , demi abah, demi semua . dan akan aku buktikan aku mampu , aku kuat seperti MAK ! MAK , ILA SAYANG MAK ! YOU'RE THE GREATEST MOM I EVER HAD . LOVE YOU SO MUCH <3